888 Review

Camera roll ... action!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:58 AM Comments : 1 Labels :
Last aku berlakon dan lakonan aku direkodkan masa kelas mandarin dulu. Mungkin dah 3 tahun berlalu. If i'm not mistaken.

Hari ni aku berlakon lagi! Hahahahah. Sebab ada kena buat aktiviti lakonan dalam kelas managing conflict. Kena cakap dalam bahasa inggeris.

Basically, speak in english way more easier than mandarin but if ko selama ni pun bergulung lidah bila speaking and cuma boleh dengar ko kecek Amareka time kelas inggeris je tu pun grammar banyak ke laut. Mati. Fikirkan lah macammana ko nak berlakon spontan dalam drama sebabak Amareka?

Disebabkan aku tahu dan sedar akan masalah aku itu so aku dah tulis skrip siap-siap. Dengan penuh emosi dan kemarahan aku buat. Penuh penghayatan dan jiwa skrip aku itu. Aku kena bawa watak Alice (versi bertudung) yang tengah marah dan bengang dengan team leader dia jadi patut la aku tulis skrip tu dalam keadaan macam tu. Penulisan dari hati gitu. Hihihi

And the kelakar part is ... aku tak bercakap sepatah haram pun lepas tu. Eh silap. Ada la beberapa patah haram yang aku sebut seperti yes dan ok (ahak ahak). Hahahah. Kira skrip aku lebur begitu sahaja. Cuma muka jela yang mainkan peranan lebih. Akukan pakar dalam bab-bab buat muka ni hinggakan pengajar kami suka dengan ekspresi muka aku. Hahahahah. Bangga kejap.

1 comment: