888 Review

Satu duit kecil untuk Satu dosa dalam Satu bulan

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:48 PM Comments : 4 Labels :


Saranan yang sangat baik.

Since no one perfect dalam dunia ni, of coz akan buat dosa.

Rasanya boleh la praktikkan buat macam ni every month.

Tiap kali rasa buat silap atau bahasa yang menyayat hati sikit, DOSA, masukkan satu duit kecik dalam satu kotak dalam satu bilik kita (kau kenapa nak jadi tamak sangat sampai semua bilik dalam rumah nak jadi bilik kau? Satu sudah! Tak rasa berdosa buat orang takde bilik? ok, cepat-cepat lari masuk dalam bilik masukkan duit kecik dalam kotak sebab rasa berdosa). Lepas sebulan amik semua duit-duit kecik tu sedekahkan.

Aku pernah baca dan pernah dengar ustaz dan ustazah aku cakap, selagi dosa yang kita buat tu belum dikategorikan sebagai dosa besar, setiap kali kita buat benda baik, dosa-dosa kecik tu akan terhapus. Mudah-mudahan dengan satu duit kecik untuk satu dosa dalam satu bulan (tapi diteruskan untuk bulan-bulan berikutnya) boleh menghapuskan dosa-dosa kecik kita.

Sebenarnya, tak ramai pun manusia kena campak dalam neraka sebab buat dosa besar. Kebanyakkan yang tercampak dalam neraka tu sebab dosa kecik yang asek diulang-ulang perbuatannya. 

Duit satu sen pun, kalau asek disimpan-disimpan-disimpan, lama-lama jadi banyak juga. Macam tu la jugak dengan dosa kecik yang selalu dibuat-dibuat-dibuat lagi tanpa ada rasa insaf.

Walaupun belum tentu nilai satu duit kecik tu mampu untuk hapuskan dosa, at least kita sedar yang kita dah buat benda tak betul dan cuba untuk perbetulkannya semula.

Wassalam. Renung-renungkan (untuk renungan dirimu juga diriku) :')



4 comments:

  1. Ty for sharing.. :) dulu pun ade dengar jugak saranan ustz utk buat centu. Kekadang lintasan dalam hati tanpa kite sedar pun dah jadi dosa.

    ReplyDelete
  2. Wahh.Menarik.boleh cuba,nice sharing :)

    ReplyDelete