888 Review

Biodata Pelakon Projek Memikat Suami

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:34 PM Comments : 6 Labels :


Wah,wah wah .... novel Projek Memikat Suami pun akan di dramakan la. Ni antara novel yang aku berjaya habiskan kurang dari 2 hari sebab best sangat. Tak makan pun sanggup tau. Takde motip betul nak bagi tahu macam tu. Bhahaha. Lepas 1 novel ke satu novel di dramakan. Tak sabar nak tengok hasilnya. Drama ni akan ditayangkan di Astro Ria tak lama lagi. So... awok-awok hok ado astro tu jange lepah key peluey deh tengok cerito nih. Dok lamoooo 13 episod jah. Sebetar jah deh? Haaa .... keluar dah loghat negeri kelahiran aku. Kenapa? Faktor apa yang mendorong aku jadi begitu? Sebab ..... heroin cerita ni asal dari negeri belah Pantai Timur. Nak tahu siapa? Check it out ...


Emma Maembong

Nama I/C pemegang watak Nawal Husna ni Fatimah Rohani binti Ismail. Dilahirkan pada 27/3/1992. Sama umur dengan aku *uhuk uhuk*. Dia ni ada bakat melukis dan lukisan dia pernah terjual dengan harga yang bukan calang-calang. Bakat melukis diwarisi dari ayahanda tersayang dia lah, Pakcik Ismail. Paras mukanya yang comel lote tu disebabkan ada kacuk dengan scottish. Selain berlakon dan melukis, dia juga adalah seorang model.

Ok ... done berkenalan dengan Nawal Husna. Now kita kenal-kenal pula dengan 'Si ais ketul batu' dalam Projek Memikat Suami.

Aiman Hakim Ridza
Kadang-kadang aku pandang dia ni nampak macam Alif Aziz. Kadang-kadang macam ternampak-nampak muka sepupu aku dekat dia. Eh!

'Si Air Batu Ketul' ni nama sebenar dia Aiman Hakim bin Ridza Abdoh. Dilahirkan pada 17 Januari 1989. Walaupon umur dia dah 24 tahun tapi tak nampak macam 24 pun. Baby face gila muka dia. Macam sepupu den. Kalau macam si Azlee Khairi tu pulak, sungguh-sungguh aku nak menyangkal yang umur dia baru 24 tahun. Aish! Ok, sambung balik perihal Aiman nih. Si Aiman ni orang Johor tapi berpindah ke Pulau Pinang masa umur 2 tahun dan masuk umur 5 tahun dia menetap di Shah Alam and Subang Jaya. Selain berlakon, dia adalah seorang penyanyi. Jangan tak tahu yang dia sangat berbakat dalam game football. Pernah wakil Malaysia kau dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo, Jepun. Selain tu, adala kejayaan dia yang lain dalam arena bola sepak ni. Hmmm bravo bro!

Selain mereka berdua, of coz la ada pelakon-pelakon super duper hebat yang lain yang akan menjayakan drama Projek Memikat Suami tu macam Dynas Mokhtar, Watie Sadali, Sherry Ibrahim dan ramai lagi lah. Cuma aku saja je highlight kan nama diorang sebab diorang adalah watak utama. Tak nampak bias kan?

Haaa bila nampak nama Dynas ni kan, aku rasa watak yang akan dia bawa ialah watak kakak si ais batu ketul tu. Aku rasa watak tu macam sesuai je dengan dia. What say u guys? Apa-apa pun kita tengok lah nanti. Betul ke tak betul tekaan aku tu. Selamat menonton di Astro Ria :) Macam-macam adaaaa .... hihihi :D

6 comments: