888 Review

Comelnya hero Irma Hasmie :)

Penulis : nurinafarhana Masa : 7:44 PM Comments : 4 Labels :
Tahniah kepada Irma Hasmie dan suaminya Redza. Mereka telah dikurniakan seorang baby boy yang sangatlah omey omeynya pada jam 8.51 pagi tadi... Geram I. Tapi kalau dah bapak dia handsome dan mak dia lawa, anak of course la comel macam I. Haha. Bongek angat.


Happy Family :)

I... bila dah kawin nanti I nak anak perempuan sebagai anak first I sebab I anak first. Muahaha. Bila tengok baby yang comel-comel ni rasa macam tak sabar nak kawin and dapat baby jugak. Errr mengada-ngada pulak bunyinya. Padahal belajar tak habis lagi. Calon pon takde lagi. Kabor dekat bapak aku pasal hasrat murni ni mahu kena menjawab soalan macam pesalah yang ada dalam kandang pesalah tu. S.A.B.A.R sabar ye Fatin Farhanah. Takpe lah, bila dah sampai seru nanti, bila dah ada kerja, bila ekonomi diri dah stabil dah tak goyang lagi dan tak bergantung harap pada duit PTPTN lagi akan kawin jugak aku nanti. Kehkehkeh. (Rasa macam nak tumbuk muka sendiri). Akan ku beritahu kepada bonda ku untuk carikan calon untuk diriku. Tak ponnnn nak gi Mekah la. Berdoa depan kaabah. Mana la tahu kot-kot jumpa jodoh dekat sana macam Irma. I nak pak arab. Dapat la anak idung mancung nanti. Idung I pesek atau kemek istilah mudahnya jadi anak I memerlukan gen yang mampu mewariskan idung mancung kepadanya. Haha. Tapi pak arab kasar la pulak. I ni dah la berjiwa lembut selembut kain sutera. Ermmm macam ni lah, I nak mohon kepada Allah supaya kurniakan jodoh yang terbaik untuk I jelah. Tak dapat yang berhidung mancung pon tak apa lah asalkan dia adalah yang terbaik untuk I. Makin menggila aku dari semasa ke semasa. Tak sudah-sudah meroyan. Tolong abaikan kerenah blogger nih. Dia memang macam ni kadang-kadang. Oh, perasan tak untuk entry ni aku gunakan 'I' sebagai ganti nama?

4 comments: