888 Review

Sepupuku Suamiku

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:21 AM Comments : 4 Labels :



Bagi yang kaki novel, novel ni mesti dia dah baca . Lagi-lagi kalau yang jenis suka feeling feeling bahagia hingga langit ke tujuh . Terbang jauh je bila baca novel bergenre chinta seperti ini . Hinggakan dia mampu menghayati setiap plot cerita tu . Sampai part sedih, dia nangis sungguh-sungguh sampai air mata dia hampir melarut kan dakwat novel tu . Sampai part gembira, dia senyum sampai ke telinga sebab membayangkan dia yang sedang bahagia tu . Sampai part orang ke-3 berjaya disingkirkan, dia akan kata ' Haaa padan muka kau . Jahat lagi . Runtuhkan rumah tangga orang lagi . Amik kau jajan ' . Dah tu bajet dia yang jadi watak utama . Macam cerita tu kisah dia yang punya . Okeyh pencinta novel jangan cepat melatah sebab aku pon layan citer-citer macam ni . Apa yang aku cakap tadi tu memang aku la yang buat . Orang lain mesti tak se-ekstrim aku punya dalam penghayatan cerita nih, kan ? Korang dah baca novel ni ? Aku pon dah baca . Baca sinopsis . ( Je ) . Jangan marah ha . Nanti kena jual .

Sebenarnya aku takde niat dan tak terdetik langsung nak mengulas lanjut perihal novel ni . Pendapat masing-masing . Mana sama kan . Even adik aku yang kembar yang pernah duduk sama-sama dalam rahim tu pon tak pernah sependapat tau dalam bagi pandangan ( macam tipu pulak bila aku kata tak pernah sependapat tapi kebanyakannya tak sependapat la ) apatah lagi aku dan engkau, kan ? Betul tak ? Lagipon aku tak boleh la melantik diri aku ni sebagai pengkritik novel nih . Yang aku baca pon cuma sinopsis je . Memang tak mengagak la kan kalau aku nak kritik-kritik bagai . Kena serang beramai-ramai baru tahu apa erti penyesalan . Sesal kemudian sudah tidak berguna, kan ? Jadi ada baiknya kalau aku menggunakan konsep sesal dahulu sebab sesal dahulu pendapatan .

Berbalik kepada cerita SEPUPUKU SUAMIKU . Perkara ni betul-betul terjadi dalam family aku . Terus aku rasa kehidupan family kami seperti dalam novel . Actually bukan kehidupan family kami sangat la kan tapi kehidupan sepupu aku tu la yang dah macam cerita novel . Rasa macam nak buku kan je . Boleh jual niiii . Kalau dalam novel karya Lynn Allyna tu ada cinta yang bertepuk sebelah tangan sebelum mereka di satukan tapi dalam kisah sepupu aku ni, takde pon macam tu . Usahkan bertepuk, berputik, berbunga, berbuah pon belum tentu ada tau . Semuanya dari perancangan keluarga . Kiranya kahwin dengan pilihan family la ni . Perkahwinan yang diaturkan oleh orang yang dah banyak makan garam dalam kehidupan . ( Sebab tu darah tinggi ) . Sekarang ni aku tengok kisah sepupu aku dah macam drama pulak . Drama Vanilla Coklat . Tapi ada yang pelik dalam kisah dia ni . Yang peliknyaaaa usul tu hanya keluar dari pihak lelaki tapi takde pulak pihak perempuan kata setuju ke tak . Mengangguk pon takde aku rasa . Dah macam rancangan pelik tapi benar pulak . Memang drama habis lah kisah sepupu aku ni .

Ada one time tu mak si lelaki cakap dekat si sepupu lelaki aku tu la yang dia nak sangat si sepupu perempuan aku tu jadi menantu dia . Sepupu lelaki aku membantah sekeras-keras membantah sampai hentak-hentak meja . ( Time mak dia cakap macam tu dia tengah pakukan meja yang hampir roboh ) . Dia kata ' Apa la mak niiii, saya cuma anggap dia sepupu je . kami pon dah macam adik-beradik . Tak nak la mak ' . Best betul jawapan dia . I looooikeee :D Lepas tu mak dia macam kecewa . Kecewa yang amat sangat aku rasa . Yela, dah la family sepupu perempuan aku tak bersetuju dengan rancangan penyatuan mereka tu walaupon family tu tak cakap . ( Faham-faham sendiri sudah la ) . Anak lelaki dia pon direct je cakap taknak . Takde kalis kalis . Takde cover cover . Direct to the point je . Dia semacam akur . Macam mana aku tahu yang mak sepupu lelaki aku tu tahu ? Sebab dia kata ' Takpe lah kalau awak tak nak dengan dia tapi bila awak nak kawin nanti cari macam dia . Mak suka sangat dekat dia . Baik . Sopan-santun . Cakap dengan orang tua pon lembut je . Pandai jaga hati orang . Cantik pulak tu ' . Melambung tinggi pujian yang mak sepupu lelaki aku bagi dekat sepupu perempuan aku . Sepupu lelaki aku senyum je . Senyum kan takyah kata apa-apa .

Since that day jugak, mak sepupu lelaki aku tu hanya mampu cakap macam ni je dekat sepupu perempuan aku tu ' Pandainya dia jaga rumah . Boleh buat menantu ni ' . Sepupu perempuan aku bagi senyuman je la . Reaksi yang sama macam sepupu lelaki aku bagi . Mungkin dia fikir tu sekadar gurauan . Kalau dia tahu yang mak cik dia tu memang maksudkan apa yang di cakap kan tu, mesti dia gubra . Aku pon tak pernah berniat nak bagi tahu dekat dia walaupon aku tahu . Biarlah rahsia .

Apa-apa pon, kita tengok je la penyudahan kisah mereka ni macam mana . Bersatukah mereka . Kekal sebagai sepupu sejati kah mereka . Hanya masa dan takdir akan menentukan segalanya . Hanya Allah yang tahu . Mak lelaki hanya merancang . Family perempuan hanya merancang . Sepupu lelaki aku pon hanya merancang . Allah yang tentukan segala-galanya . Umur mereka pon muda lagi . Awal 20-an . Darah muda . Darah panas . Menggelegak macam lahar . Lagipon yang sorang tu masih belajar . Yang lagi sorang pulak baru habis belajar dan baru bekerja . Kewangan tak stabil lagi nak bagi anak orang makan . Bila semua dah stabil, kita akan tahu kesudahannya apa . ( Macam drama bersiri pulak ) .

4 comments:

  1. rasanya biarlah diaorang stabilkan hidup dulu... x yah nak rush2 sangat suh kawin..hu hu hu..kadang2 kehendak orang tua ni boleh buat kita serba salah jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kadang-kadang kehendak orang tua membuatkan kita jadi serba-salah .

      Delete