888 Review

Aku, motor auto dan persahabatan

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:27 AM Comments : 5 Labels :
Hope takde yang lupa pasal entry lepas yang tergantung tu. Pasal .... previously on Nurinafarhana.blogspot.com. Hahahaha. Kira ni macam part 2 bagi entry part 1 yang tak habis tu. Dalam entry lepas aku citer sampai ... ermmm chop! tak nampak macam cerita sangatkan dekat situ. Lebih kepada pemberitahuan yang bakal mengundang balingan magnum bertalu-talu. Riak gilos tang part cuma reti bawak Honda Wave dengan EX5 Dream. Tapi jangan risau, part tu akan berbunyi riak kalau korang baca dengan nada riak. Kalau baca dengan nada relax, bunyi dia macam hembusan angin bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kbye. Merepek.

Ok, kita sambung macam mana aku boleh terbawak skut (terbawak ey ayat aku) malam tu. Semuanya kerana satu wassap dari satu sahabat.

Dia : Fana,nak mintak tolong boleh?
Aku : Mintak tolong apa?
Dia : Tolong amik Ira dekat MC (orang Melaka tawu MC tu apa). Takde orang nak amik ni. Kak Nadia blabalabala pastu kereta Farah pulak lalalala. Nanad belum balik dari kampung lagi (panjang la conversation ktorang. Tak larat nak tulis semua).

Bila tahu takde siapa nak amik, aku jadi kesian la dekat dia. Kawan aku kot. Pompuan pulak tu. Dekat MC sorang-sorang. Waktu malam. Apa punya kejam la aku kalau tega (tolong careful, TEGA bukan TEGAR 'aku yang dulu bukan yang sekarang' tu) biarkan dia sorang-sorang di malam hari dekat MC sorang-sorang tanpa pembelaan. Tiba-tiba *ting* (aku tengah terfikir sesuatu la masa ni) macam mana la aku nak pergi amik budak sorang ni? Kenderaan takde. Nak kena iring dia sambil jalan kaki ke? Macam bang ang jugak kan kalau macam tu lah situasi malam tu akan terjadi. Lagi ngokngek dari aku bawak skut first time di malam hari dalam Bandar Melaka. Rupa-rupanya dia dah berjaya dapatkan motor dari lagi sorang member yang pun tak dapat amik dia sebab ada event BBQ dekat Klebang! Aku pun macam ... Motor? Motor apa weh yang kau berjaya pinjam nih? Aku dah start cuak. Selama duduk Melaka dah dekat setahun setengah ni, tak pernah lagi aku redah bandar dia guna motor. Dengan kereta ada la juga kengkadang. Cuak jugak la perasaannya masa tu. Motor? Motor? Punya la banyak questionmark pasal motor ketika tu. Baru je rasa nak give up tapi kan dah kata tadi, aku baik. Tak kejam. Demi sebuah bonding yang orang jowo panggil PERSAHABATAN, aku tepis dengan gagah perasaan negatif semua tu. Belum cuba takkan nak menyerah dulu. Buat malu keturunan pendekar mustar je. Hahaha suka melebih tau dak Patin ni. Then aku kata ok. Pastu *ting lagi sekali*.

Aku : Apis bawak motor apa hah? Bukan motor clash an? (aku memang gagal bawak motor clash)
Dia : Motor biasa je. EX5 tak silap.

EX5 aku lawa lagi dari ni. Kaler ijau matelik.

Nampak je perkataan EX5, aku tarik nafas lega walaupon member sorang ni tak sure motor apa yang bakal aku tunggang. Dan sebenarnya bukan EX5 yang aku dapat! Masa nak pergi amik motor tu la baru aku tahu aku bakal bawak skuter atau in specific, EGO S. Nak pengsan rasa. Over react an tapi nak buat macam mana, aku memang dramatik. Berbakul-bakul doa aku panjatkan kehadrat Ilahi dalam perjalanan ke destinasi malam tu demi seorang sahabat yang tersadai di MC. MC waktu malam macam monster yang sangat besar yang nak menelan orang ey. Cuak! Sumpah cuak! (Tu pendapat aku la. Jangan la bash Atin ye kalau pendapat kita ada jurang yang besar). Dengan mat-mat motor landing dekat situ. Tambah pulak tempat tu romantik je dengan limpahan cahaya macam orang yang menikmati candle light dinner. Tak memberangsangkan betul pencahayaan macam tu. Menyesakkan dada saja lah. Tapi yeayyyy aku berjaya! I'm did it! Hepi betul berjaya ke MC, meredah Bandar Melaka di malam hari dalam rinai hujan untuk amik seorang sahabat. Feel-feel cerita MY HEART sangat. Dalam rinai hujan kau. Kau ado? Ok lah, tak nak merepek panjang-panjang pasal cerita yang dah setel nih. Misteri dah terungkai. Korang pun dah tahu dah sebab-musabab aku kena bawak motor auto malam tu.


Kesimpulannya, memandangkan kisah ni more tu kisah persahabatan kita simpulkan dengan perkara yang berkaitan sahabat-sahabat jugak. Terimalah pesanan Imam Al-Ghazali tentang KAWAN.



Terima kasih luangkan masa baca entry ni :)

Pengalaman Pertama Bawak Skuter

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:28 PM Comments : 9 Labels :
Malam tu angin sangat kencang tapi takde nampak tanda-tanda nak hujan. Hmmm maybe angin dekat Selat memang macam tu kot. Kuat ala-ala puting beliung tak jadi. Nak heran apa kan. Orang Melaka mesti dah lali dah dengan angin yang kuat lagi kencang ni.

Tapi ini bukan kisah angin kencang serupa puting beliung tak jadi mahupun cerita mengenai tanda-tanda nak hujan dan sebagainya yang tak bersangkutan langsung. Ini kisah mengenai aku. Mengenai aku yang malam-semalam pecah rekod bawak motor skut. Ye ... tak payah buat pandangan sinis dekat skrin ni bila baca bait ayat tu. Aku tahu korang semua pro bawak skut. Aku ni tak reti bawak skut. Yang aku reti, bawak Honda Wave, EX5 Dream. Tu aku pandai la. Skut? Memang aku angkat bendera putih sambil makan aiskrim magnum. Jadi macam mana yang aku boleh bawak skut semalam? Apa peristiwa disebaliknya tu?


Ego S. Ni a yang aku bawak semalam.


p/s : to be continued ....

Sambungan cerita disini, Aku, motor auto dan Persahabatan

Spot Check!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:55 PM Comments : 8 Labels :
Spot check ni satu perkataan yang sangat budak-budak asrama anti. Infact, budak-budak bukan duduk asrama pun alergik dengan perkataan yang satu tu. Dia punya alergik tu tahap gelabah berpeluh-peluh tak ingat dunia. Mengalahkan orang yang ada penyakit perpeluhan yang melampau. Kalau dekat sekolah dulu, cikgu-cikgu dan pengawas-pengawas akan spot check samada ada tak yang bawa barang-barang terlarang. Masa tu ... tandas jadi port utama tempat penyimpanan barang terlarang macam pisau, liquid paper, majalah ntah hape-hape and handphone and i-pad and semua yang terlarang dan yang dilarang lah.

Aku ingat, bila dah masuk universiti dah takkan face benda-benda macam ni. Nyata aku silap! Budak-budak universiti macam aku yang duduk dalam asrama ni pun kena menghadap perkara yang di panggil spot check ni. What the .... la weh! Terasa diri ni macam budak bawah umur sangat nak kena di spot dan check bagai! AKU! TAK! SUKA!

Kali ni spot check berbayar pula tu. Setiap satu barang elektrik bersamaan 10 ringgit. Kalau aku dah bawak 3 barang elektrik, memang 30 ringgit la yang terbang citer dia jap lagi. Aku macam dah ternampak-nampak je duit aku terbang jauh di tiup angin. Hmmm memang senang nak cari duit di zaman sekarang ni kan. Hai duit, kenapa la kau selalu hilang-hilang dari aku. Akhir-akhir sem macam ni aku sangat perlukan kau. Nampak gayanya malam ni makan megi la aku. sobsob :'(

Saya Nak RM 100 daripada Lyssa Faizureen !

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:54 PM Comments : 3 Labels :


Dalam entry kali ni aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Ke-3 kepada blog Lyssa Faizureen. Hei awak, dah lamakan awak tak update. Busy ey? Sama la kita. Haha :) Kalau dah namanya student, memang busy memanjang. Kadang makan pun tak sempat, kan? Apa-apa pun ALL THE BEST la untuk awak :D 

Ermmm pasal 'baby' saya ni pulak ... umo dia baru setahun 2 bulan. Pangkat adik-adik je dengan blog awak. Blog awak macam akak-akak la kepada blog saya ni. Hehe. Kalau diukur umo blog ni dengan umo baby yang betul-betul baby tu, usia setahun 2 bulan ni dalam peringkat nak petah bercakap, kenal-kenal orang, rapat-rapat dengan orang dannn haaa peringkat nak stabilkan pergerakan supaya lebih mantop dan takkan jatuh-jatuh lagi. Keep moving higher and higher. Same goes to blog ni... Tu je la :)

Saya boleh berkenalan dengan blog awak dulu sebab nak cari tutorial pasal blog. Ramai kawan-kawan blogger suggest saya pergi berguru dekat blog awak andddd kalau google pasal tutorial blog pun mesti blog awak antara yang tersenarai lah. Ada one time tu saya guna template yang awak buat untuk newbie. Sebab masa tu saya newbie, baru nak berjinak-jinak dengan diari alam maya ni, so saya pun guna laaa. Sangat cantik ey template tu. Well Done! Good Job sangat :) but when i realized that template tu ramai sangat yang guna sampai dah tak nampak kelainan pun antara blog saya dengan blog yang saya kunjungi tu, saya terpaksa tukar. Jadi saya pun buat tempahan template. Now saya dah berjaya ada template sendiri dah :D Baru terasa ada keunikan dan kelaianan antara blog saya dengan blog orang :) Anyway, thanks untuk blog awak yang banyak berjasa pada blog saya yang masih muda belia ni. Thank you so much :)

Tag 1 , 2 , 3

KEEP WRITING YE. MASIH RAMAI YANG PERLUKAN INSPIRASI DARI AWAK :)


Pesanan Imam al-Ghazali Tentang Kawan

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:45 AM Comments : 5 Labels :
Marcapada ini, di zaman dunia di hujung jari memang tersangatlah mudah untuk kita petik-petik orang untuk di jadikan kawan. Wah!! macam nak petik buah je cari kawan zaman teknologi ni. Cuma ambil jari anda, bawa ke tikus-tikus dan klik button 'ADD FRIEND' atau klik button 'FOLLOW'. Bila dah di approve, automatik kita dapat kawan baru. Yeeehaaa. Papparapparappppp *effect mata berkaca-kaca sebab teruja*. Tapi betul ke kawan yang macam tu yang kita nak cari? Yang kita perlukan? Yang boleh jadi kawan dunia akhirat? Belum tentu lagi kan.

Nak cari kawan niii nampak je macam mudah, hakikatnyaaaa cari jarum dalam timbunan baju lagi mudah. Ok, tu aku tipu. Tapi betul apa aku kata, nak cari kawan yang betul-betul kawan yang boleh bawa kita kearah kebaikan tu sangat payah. Stok-stok member macam ni macam barang-barang LIMITED EDITION bak ang. Tak banyak di keluarkan. So, hanya yang bertuah je la yang dapat. Yang tak berapa bertuah tuuuu please try later je la jawapannya ye.

Tahu takkk mak aku, makcik aku, jiran aku semua bukan main bersungguh-sungguh pesan dekat aku supaya cari kawan-kawan yang baik. Mereka kelihatannya sangat risau dan serius. Kenapa? Sebab siapa kawan kita melambangkan siapa kita. Kalau kita kawan dengan orang berakhlak, sejuk perut ibu mengandung. Kihkihkih. Ada kaitan tak antara 2 perkara tu? ( kawan dengan orang yang baik dgn sejuk perut ibu mengandung ). Takde nak kutuk-kutuk belakang punya. Takde drama melayu kisah persahabatan terhalang. Ibumu pun tersenyum gumbira. Oh, tidak dilupakan juga ayahmu. Ah! senang citer the whole family lah boleh tarik nafas lega sikit sebab tahu kawan-kawan anak dia jenis yang macam mana. Tak perlu risau lagiii.... Hehehe. Cuba pula kalau kau kawan dengan orang-orang yang perangai tak semenggah tu, bukan setakat orang kutuk-kutuk belakang. Silap-silap depan muka kau diorang hina kau, perli kau. Siap kaitkan dengan nama mak bapak lagi. Aish!!! typical malay. Tak ke berdesing telinga kau. Kalau aku .... berdesing weh ... berdesing. Sumpah! Ini boleh membawa kepada pergaduhan <<< Hahaha. Tak menyudah buat ayat gengster aku nih =='

Oleh itu, aku nak kongsikan dengan korang pesanan Imam al-Ghazali tentang kawan. Mudah-mudahan, kau dan aku sama-sama dapat jadikan ini sebagai panduan dalam mencari kawan dan mudah-mudahan kita sentiasa di bawah perlindungan-NYA dan dikurniakan kawan-kawan yang baik disekeliling kita. Aminnn ...




THIS IS MARKETING IN OUR REAL LIFE

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:16 PM Comments : 6 Labels :
Since dah setahun setengah jadi student bisnes ni and ada belajar pasal marketing walaupun not in deep, aku rasa macam nak share benda ni dengan korang. Member FB aku share dekat aku and aku share dekat korang. Kita sama-sama belajar ok? Aku rasa example yang dia bagi lagi memudahkan korang faham pasal marketing berbanding yang lecturer bagi. Jap! Bukan nak menafikan kredibiliti seorang lecturer yang bersusah payah duk lecture kita tapi normally lecturer mesti akan bagi example yang abroad sangat sampai kena amik masa yang lama untuk faham tiap satu benda. Enjoy reading geng ... :)

1. You see a gorgeous girl at a party. 
You go up to her and say, "I am very rich. Marry me!" 
That's DIRECT MARKETING

2. You are at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl. 
One of your friends goes up to her and pointing at you says, 
"He's very rich. Marry him!" 
That's ADVERTISING

3. You see a gorgeous girl at a party. 
You go up to her and get her telephone number. 
The next day, you call her and say, "Hi, I am very rich. Marry me!" 
That's TELEMARKETING

4. You see a gorgeous girl at a party. 
You get up and straighten your tie. You walk up to her and pour her a 
drink. You open the door for her. You pick up her bag after she drops 
it. You offer her a ride and you say, "By the way, I am very rich. 
Will you marry me?" 
That's PUBLIC RELATIONS

5. You see a gorgeous girl at a party. 
She walks up to you and says, "You are very rich. Can you marry me?" 
That's BRAND RECOGNITION

6. You see a gorgeous girl at a party. 
You walk up to her and say, "I am very rich. Marry me!" 
She gives you a nice hard slap on your face. 
That's CUSTOMER FEEDBACK

7. You see a gorgeous girl at a party. 
You walk up to her and say, I am very rich. Marry me!" 
And she introduces you to her husband. 
That's DEMAND AND SUPPLY GAP

8. You see a gorgeous girl at a party. 
You walk up to her and before you can say anything, another person 
comes along and tells her, "I am very rich. Marry me!" 
That's MARKET COMPETITION

9. You see a gorgeous girl at a party. 
You walk up to her and before you can say anything, another person 
comes along and tells her, "I am very rich. Marry me! 
And she follows him. 
That's LOSING MARKET SHARE.



Lastly ....

10. You see a gorgeous girl at a party. 
You walk up to her and before you can say, "I am very rich. Marry me!", 
YOUR WIFE TURNS UP! 
That's BARRIER TO NEW MARKET ENTRY



Funny haaa? Gelak, gelak juga tapi ilmu yang ada kena amik tau. Thanks for reading this entry :)

Sekali silap orang daaa ....

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:07 PM Comments : 4 Labels :


Hahahaha. Aku nak tergelak. Actually memang dah tergelak pun. Termalu pun ye jugak. Macam mana la aku boleh tersilap orang. Ni semua salah mind set aku ( ni la manusia. Taknak ngaku kesilapan diri ).

Cerita dia, ada orang nama Yaya mesej aku pastu kawan aku yang nama Yaya memang sorang je kan. Maksud aku ramai la ( lebih dari sorang tu ramai la kan walaupun cuma 3 orang je ) orang Johor memang suka cakap terbalik macam tu. Tapi kepala aku bertumpu kepada sorang Yaya ni je. Memang tu kesilapan terbesar aku at that time. Lagipun nombor yang text aku tu tak bernama. Jane Do la jadinya kan. Dah text punya text punya text, aku bahasakan diri aku akak la pulakkkkk ... padahal sama umur je pun. Dah la dia lahir lagi dulu dari aku. Perasan tua sangat aku ni. Batak nak di respect ke macam mana cerita dia nih? Bukan silap aku kan telah terjadinya kejadian macam tu. Masalah teknikal semua tu.

Bila dah discover tu Yaya yang lain bukan Yaya yang aku duk bertakhta dalam kepala otak, aku jadi termalu sendiri. Nasib laaaa pihak sana tak nampak. Kalau idok ... nok susuk mano la muko kawe nih?





Korang pernah ada pengalaman macam aku?

Pengalaman Pertama Masuk Rumah Hantu

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:59 PM Comments : 12 Labels :
Macam kesian je kan baca title entry aku kali ni. First time masuk rumah hantu? Biar benar? Biar betik? Biar jambu? Ok, stop! Stop! Stop! Baik aku stop sebelum segala jenis nama local fruit dengan nama fruit yang tak berapa nak local aku sebut. Enough! It's enough! 

The truth is ... bukan la first time sangat, ada la beberapa kali tapi aku tak tahu la kenapa umah hantu yang kali ni betul-betul berhantu. Eh, chop! tak boleh panggil rumah hantu juga sebab tempat yang dijadikan rumah hantu tu cuma sebesar kanopi orang buat kerja kawin je. Patut ke aku tukar tajuk entry jadi .... Ha! PENGALAMAN PERTAMA MASUK KANOPI HANTU. Should I, uolls? Tapi serius seram. I think this the horror one rumah hantu ever. Tak pernah-pernah aku masuk rumah hantu tutup mata pastu jerit-jerit kata "Taknak la" sekuat hati, at that time i did it. Dari mula masuk sampai la ke pintu keluar aku buat macam tu. So malu ok. Macam orang takde iman je. Padahal hantu ol-ol je pun lahai <<< gelakkan aku kuat-kuat.

Nak bagi korang lebih faham, biar aku cerita dengan panjang lebar tanpa ada rasa nak selitkan satu gambar pun dalam entry kali ni.

Actually rumah hantu ni one of the activity yang disediakan UiTM student itself sempena Karnival Usahawan Muda dekat Taman Rempah yang terkenal dengan River Cruise di Melaka. Atas dasar nak tolong kawan, sama-sama support perniagaan masing-masing kan ( Kelas aku jual benda alah makanan macam dadih, cendawan goreng and banyak la lagi kalau nak list kan dekat sini while kelas diorang pula buat rumah hantu ) aku pun masuk la. Dekat luar kanopi tak rasa takut pun. Berdebar pun tak. Cuak pun takde. Siap boleh gelak-gelak dengan riang gembiranya lagi pastu nganjing-nganjing orang. Jahatkan? Tak berkhemah sangat perangai aku. Eh! tak berhemah sangat perangai aku.

Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai dah ada berapa banyak tunggu daaa aku tunggu giliran nak masuk, finally sampai la juga ke turn aku and kawan aku. Masa tu, masing-masing kalut " Kau la depan " " Kau la! " " Kau la! " main tolak-tolak depan pintu masuk sampai member yang jaga depan pintu tu naik bosan and cakap " Tak takut la dekat dalam tu ". Akhirnya aku yang kena jalan depan. What the ... sangat la wehhhh! Kenapa mesti aku? Kenapa? Aku ni nampak je macam gagah perkasa sebab selalu ratah milo tapi sebenarnya agak rapuh di dalam juga macam errrr macam ... macam benda-benda yang rapuh-rapuh la. Susah juga rupanya nak cari contoh benda yang rapuh ni. 

Masuk-masuk je ada lembaga rambut panjang, pegang kepala iring perjalanan ktorang. Bodoh! Aku kata dalam hati. Mesti korang pelik kan, kata tutup mata tapi boleh pulak nampak lembaga tu. Remember, aku tak buta, of course aku nampak.(  Perghhh! Ayat dia ). Tak, tak, actually aku ada biarkan sikit jari-jemari aku ni renggang-renggang supaya bila berjalan dekat dalam tempat yang gelap di malam yang hening tu, aku tak terlanggar anasir-anasir jahat yang menunggu di situ. 

Aku pun berjalan, berjalan dan terus berjalan. Macam panjang je kan perjalanan dalam kanopi tu tapi serius panjang walaupun pada hakikatnya pendek dan tak berapa besar pun tempat tu. Kanopi kan. Main chop-chop tiang pun tak puas. Apa pun tak boleh. Tapi entah la kenapa la aku rasa lamaaaa sangat aku dengan member aku dekat dalam tu. Member aku apa dia buat? Menyorok belakang aku la, apa lagi. Stress aku. Aku pula kena jadi perisai dia. Dia sedap je dekat belakang tutup muka guna badan aku. Huh! 

Sepanjang perjalanan asyik kena kacau dengan hantu je. Pocong tepi jalan duduk loncat-loncat. Hantu bawah meja duk sedap tarik kaki. Payah aku nak jalan. Pastu si lembaga yang pegang kepala tu pula duk hukur-hulur kepala dia suh aku sambut. Memang tak boleh la aku nak sambut. Kan aku guna tangan aku buat tutup mata. Kahkahkah. Pastu, pastu, pastu ... dah aku taknak sambut kepala dia, eh boleh la pulak dia pergi pegang bahu aku macam taknak lepas. Bodoh punya hantu!!!! Bodoh! Bodoh! Bodoh! Masa tu la aku jerit " Tak nak La! " tu. Hehe.

Dah dapat lepas dari hantu tu, lalu pula depan kubur sorang makcik ni. Dengan muka dah rupa muka hantu. Berdarah-darah. Bernanah-nanah. Sopak. Buruk. ( I wonder siapa yang baik hati sangat sedekah make up dekat hantu-hantu tu ) dia merayu-rayu dengan nada hantu dia tu " Tolong makcik nak ... tolong makcik ". Dah la ngensot-ngensot macam suster ngensot. Kubur boleh pula kan nak gegar-gegar. Sakit hati aku. Tak, sebenarnya aku nak kata hampir luruh jantung aku. Nak lepasi hantu-hantu durjana tu ... Mak aihhhh! Cuma aku, kawan aku and orang yang dah tempuhi laluan berliku tu je yang tahu apa rasanya. Rasanya macam nak maki berbakul-bakul. Selamat je keluar aku jerit " BODOH! BODOH! BODOH! ". 'Cantikkan' bahasa aku? Maafla ... Semuanya adalah refleks.

Aku rasa hantu-hantu tu kenyang makan maki je. Semua yang keluar dari 'Villa Nabila' tu asyik je cakap BODOH! Termasuk la aku ( sori ). 

Cerita Hantu ; Pocong Hantuk Kepala

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:11 PM Comments : 17 Labels :
Korang, korang, korang .... aku ada cerita nak bagitahu korang ni. Cerita ni quick seram la. Aku yang dengar cerita ni di siang hari pun tetiba boleh meremang pula bulu roma. Ini kan pula korang yang aku share cerita ni di malam hari, kan? Lagi-lagi kalau korang amik mood alam angker. Memang ada yang tak tido lerrr malam ni. Lepas aku cerita kisah ni, mesti orang-orang yang nak naik turun lif atau yang duduk di kejiranan yang ada perkhidmatan lif ( umah pangsa atau kondo atau apartmen la tu ) akan fikir sejuta ratus ribu kali untuk turun dari bangunan sorang-sorang pada malam yang hening lagi pekat. Malam tu siap ada sound effect cengkerik lagi ' krikkrik krikkrik '.

Actually, ni cerita atas cerita. Member kepada member aku cerita dekat dia and dia cerita dekat aku. Aku pula ... cerita dekat korang lerrrr since ada la beberapa kerat manusia yang tersadai dekat sini sebab kepingin ghost punya story. Berani nau kau tau cari cerita hantu dan baca. Jadi, jadi, jadi .... kalau cerita atas cerita tu kisah rekaan semata-mata, maknanya aku pun tengah reka-reka cerita la dekat korang sekarang ni. Tapi, aku rasa cerita ni betul sebab beberapa sem lepas, ada juga aku dengar cerita macam ni tapi cerita tu aku cerita kemudian lah. Now kita fokus pada cerita hantu pocong yang hantuk kepala. Dengar macam kelakar tapi percayalah, lepas baca ni segala organ dalaman kau akan jadi kecut secara tetiba dan bulu roma kau berdiri secara sendiri macam baru kena renjatan lektrik.

Let's begin .... tutup la lampu. Baru feel. Hehehe.

Malam tu around 12 o clock macam tu ... ada sorang budak ni nak turun. Turun pergi mana aku tak pasti la pula. Malas nak tanya dengan member aku tu. So, dia pergi la dekat lif. Sorang-sorang tau. Perempuan. Pukul 12 malam macam tu. Berani sangat. Kalau akuuuu memang aku ajak 1 rumah teman aku turun. Hahaha. Melampau kan aku. Tapi apa boleh buat, safety first kan. Susahkan orang jadi second part. Kihkihkih.

Ok, ok sambung cerita. Melalut pula aku ni. Bila lif dah sampai ' Ting! Aras 5 ' dia pun masuk. Dia pun tekan la lambang tutup pintu lif. Tahu kan? Lif pun cakap ' pintu sedang di tutup '. Tapi lepas tekan tutup, pintu lif terbuka semula. Dia tutup lagi. Terbuka lagi. Tutup lagi sekali. Eh! terbukak lagiii la pulakkk. Dah geram sangat, dia jengah kepala, tengok siapa yang tengah ajak dia bergurau time-time macam tu. Eh, chop! Sebelum nak menyudahkan cerita, aku nak tahu la kan, Kalau korang ada di tempat budak tu masa tu, korang akan jengah kepala tak?

Alright, masa jengah kepala tu la dia nampak ada pocong tengah hantuk kepala dekat button lif dekat luar tu. Tu yang pintu asyik terbuka bila dia tekan tutup. Apa lagi, histeria la budak tuuuu. Kalau aku pun mungkin aku akan menjerit sekuat hati juga atau paling tak boleh blah pun, done-done tu juga pengsan. Sejak aku dengar cerita ni, aku dah tak main-main dah dekat area lif di malam hari. Kalau tak, aku aktif juga turun naik lif pergi Mart walaupon rasa tak perlu pergi pon. Kalau nak pergi juga, memang aku akan ajak peneman. Cuak kot. Serius rasa nak pengsan dengar cerita nih.





Selubung badan dalam selimut dan duduk menikus sebab takut. Mata melilau kiri kanan, kot-kot terwujud benda tu disebelah.

Biodata Pelakon Arianna Rose

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:23 PM Comments : 5 Labels :
Haiiii... lama dah tak update. Nak dekat seminggu dah. Maklumlah busy. Sekarang baru senang sikit. Sikit la. Haha.

The Wedding Breaker
By Evelyn Rose

Siapa pernah baca novel ni angkat tangan. Hahaha. Bajet nampak. Ngekngox. Aku dah baca novel ni and aku bagi rate ... 5 bintang lah. Cerita dia best. Ada unsur-unsur islamik, cintan-cintun and drama melayu sikit. Kihkihkih. Jadiiii apa kaitan THE WEDDING BREAKER dengan drama ARIANNA ROSE nih? Kaitannya ialah ... drama tu adaptasi novel ni la. Arianna Rose tu nama watak utama perempuan dalam novel wedding breaker tu. Meh berkenalan dengan pelakon drama adaptasi novel ni.

Fathia

Nama penuh Fathia, awek kepada Aiman Hakim Ridza ni ialah Nur Fathia binti Abd Latiff. Lahir pada 1/9/1987. Tahun ni (2013) 26 tahun la. Asal Ayer Hitam, Pulau Pinang. Bukan Ayer Hitam, Johor ye. Orang-orang Johor jangan nak bangga dulu. Baca betul-betul dulu. Kang termalu. Hahaha << tak memasal tapi tu pesanan ikhlas tau :p. Merupakan anak first dari 4 orang adik-beradik. Merupakan pelajar UiTM yang mengambil jurusan undang-undang. Aku sangat suka tengok dia dalam iklan sunsilk. Korang macam mana pula? 

Dah selesai dah sesi berkenalan dengan heroin drama Arianna Rose. Now kita berkenalan dengan hero dia pula. Siapa?

Keith Foo

Eh, macam kenal je hero nih. Macam pernah kuliht je hero nih tapi di mana ya? Hahaha. Ok, ini lah Keith Foo. Hero drama Arianna Rose. Bakal memegang watak Tengku Adam. Dulu masa dalam cerita Love You Mr Arrogant, dia jadi sepupu si Angkuh lagi bongkak tu. Tu yang macam kenal, macam pernah kau lihat tu. Nama sebenar Keith Foo ialah Foo Chuan Chin. Sebenarnya macam takde banyak benda nak kongsi pasal dia selain dia dah 8 tahun jadi pelakon. Tapi kenapa macam baru-baru ni je kenal dia? Sebab dia memulakan karier lakonan dia di Indon sana tu. Jangan tak tahu yang dia ni sebenarnya warganegara Malaysia dan asal Gemas, Negeri 9. Dan dia sangat-sangat family man sebab ... alasan dia balik ke Malaysia dan berlakon dalam cerita-cerita produser Malaysia kerana nak luangkan masa dengan parents dia yang semakin tua tu. Hmmm sweetnya lahai. Cair hati den ni haaa. Macam spongebob yang tengah mencair tu gayanya diibaratkan << pengaruh cerita kartun sangat kau.

Kesimpulannya ... selamat menonton cerita ni dalam slot Akasia. Ganti cerita Playboy Itu Suami Aku ( PISA ) agaknya. Nanti kan la ye gandingan mantap 2 pelakon ni :) Harap-harap tak mengecewakan. Cerita dalam novel dah best dah. Hope cerita lakonan diorang pun best and boleh jadi drama 'berhantu' juga lah macam L.Y.M.A dan seangkatan dengannya sampai ada yang sanggup rushing balik umah semata-mata nak target pukul 7 dah boleh duduk depan tv. Hahaha lawak sangat perangai masing-masing :D tapi apa boleh buat... dah cerita tu ada aura tersendiri kan. Takde la nanti aku baca tweet-tweet kecewa lagi dekat twitline aku pasal drama dalam slot akasia macam sekarang. Kecewa sungguh tweet masing-masing.

Keith Foo dan Fathia. Teraju utama. Saksikan.

End Year Giveaway by Sabrina SA & Nur Farizah

Penulis : nurinafarhana Masa : 7:14 PM Comments : 5 Labels :

Klik saja banner jika berminat. Dari 15/11 - 20/12

Pemilihan pemenang 

Top Refferal 2x ( Tempat pertama )
- Collagen Eye Mask 
- Topup RM10
- Jam

Top Refferal ( Tempat kedua )
- Jam
- Topup RM5
- Bookmark

Random 30x

Senarai Hadiah 

Earing 2x by Nana
Topup RM5 2x Izzah Alya
Topup RM5 2x by Farizah
Header 2x by Farizah 
Full edit blog 2x by Sabrina
Topup RM5 1x by Sabrina -
Topup RM5 4x by Bibieyy
Topup RM10 1x by Shabrina -
Topup RM5 2x by Harra
Keychain 1x by Mazni  
Full edit blog 2x by Hu Da
Bookmark 1x by Iman Zakaria 
Bookmark 1x Syafiqah - 
Shawl 1x by Amirah 
Button badge 1x by Adam Faiz
Souvenir dari USA 2x by Syaza 
Jam 2x by Kak Masitah - 
Tudung 1x by Ifah Asri 
Bookmark 3x by Amirah Rushdan 
Collagen Eye Mask 1x by Faizal Raffali -
Keychain ?x by Firfaie felt craft 

Jom ramai-ramai join :) Support industri blogging. Haha. Boleh macam tu?